Tentang Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN)

FEN adalah platform antara agensi yang terdiri daripada 8 institusi dan agensi yang dipengerusikan bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Selain itu, platform ini juga disertai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). FEN bermatlamat untuk meningkatkan literasi kewangan, mempromosikan tingkah laku kewangan yang bertanggungjawab serta meningkatkan kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia melalui pelaksanaan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (2019-2023).

Memperkasakan kebebasan kewangan di kalangan masyarakat Malaysia

Strategi Kebangsaan bertujuan untuk memperkasa masyarakat Malaysia untuk:

1. Berjimat cermat, mengurus dan melindungi kewangan

2. Merancang kehadapan dan memastikan masa depan yang lestari

3. Melindungi diri daripada skim penipuan kewangan

Dalam meningkatkan kesejahteraan kewangan masyarakat Malaysia, FEN mempromosikan:

1. Tanggungjawab bersama pihak berkepentingan untuk meningkatkan literasi kewangan masyarakat Malaysia.

2. Pembangunan program-program pendidikan kewangan inklusif yang disasarkan untuk masyarakat Malaysia di dalam semua peringkat kehidupan.

3. Pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang mendorong dan memperkasa masyarakat Malaysia untuk mengambil tanggungjawab akan kesejahteraan kewangan mereka sendiri.

Beritahu kami pendapat anda tentang keadaan kewangan anda.

Dapatkan laporan kad kredit peribadi anda secara PERCUMA selepas anda melengkapkan borang tinjauan kami.

Marilah bersama-sama memperbaiki kesihatan kewangan anda

Ketahui lebih lanjut mengenai rakan kongsi kami.